Unit Pesuruhjaya Sumpah

×

Mesaj ralat

Notice: Undefined offset: 1 dalam counter_get_browser() (baris 70 dari /var/www/html/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

PENGENALAN

Unit Pesuruhjaya Sumpah Mahkamah Persekutuan Malaysia adalah berfungsi sebagai Unit untuk menguruskan Hal Ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada imej Badan Kehakiman Malaysia. Unit Pesuruhjaya sumpah turut menjalankan fungsi untuk mengadakan temuduga/peperiksaan bagi pengambilan PJS pada setiap tahun menjadikan jumlah PJS meningkat pada saban tahun.

OBJEKTIF

Menguruskan hal ehwal Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia dengan efisyen, cekap dan teratur dalam memastikan keberkesanan tugas-tugas yang dipikul oleh Pesuruhjaya Sumpah yang secara tidak langsung menyumbang kepada bidang kehakiman.

PIAGAM 

1) Memberi perkhidmatan berlandaskan peruntukan Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dan arahan-arahan berkaitannya.

2) Memastikan semua pelanggan dilayan dengan kadar yang segera, munasabah, cekap dan sistematik.

3) Memastikan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah yang ditawarkan dijalankan dengan berintegriti.

FUNGSI

1) Pelantikan – Unit Menguruskan pelantikan Pesuruhjaya Sumpah baru bagi semua kategori Pegawai Awam, Peguambela Peguamcara dan Persendirian pada setiap tahun.

2)Pelantikan Semula – Menguruskan permohonan pelantikan semula Pesuruhjaya Sumpah yang telah tamat tempoh pelantikan setelah diluluskan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara.

3) Buku Daftar – Melaksanakan pemantauan terhadap buku daftar Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia.

4) Siasatan- Menjalankan siasatan terhadap Aduan yang dibuat oleh Orang Awam terhadap Pesuruhjaya Sumpah di seluruh Malaysia

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.