Unit Pengurusan Data Dan Statistik

×

Mesaj ralat

Notice: Undefined offset: 1 dalam counter_get_browser() (baris 70 dari /var/www/html/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

 

PENGENALAN

Unit Pengurusan Data dan Statistik pada asalnya telah diletakkan di bawah Bahagian Pentadbiran Kehakiman. Selanjutnya, ia diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Ketua Pendaftar I (Operasi). Berikutan daripada penstrukturan semula Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) Malaysia, Unit Pengurusan Data Statistik digabungkan dengan Seksyen Penyelarasan Kontrak dan dinamakan sebagai Bahagian Data, Statistik dan Semakan Kontrak.

Walau bagaimanapun, bagi tujuan efisiensi pemantauan statistik mahkamah seluruh Malaysia, Unit Pengurusan Data dan Statistik kini diletakkan di bawah penyeliaan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Inovasi, Naziran dan Korporat berkuatkuasa Mei 2017.

 

OBJEKTIF 

Untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, efisien dan berkualiti kepada PKPMP Malaysia dalam pentadbiran am pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, bajet dan perolehan Mahkamah peraturan dan prosedur kewangan yang telah ditetapkan dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

 

FUNGSI

1) Sebagai bank pusat penyimpanan data statistik Mahkamah seluruh Malaysia.

2)  Sebagai pusat pembekalan data yang membekalkan laporan unjuran tahunan Outcome (Outcome Based Budgeting - OBB) kepada PKPMP Malaysia dan memberikan gambaran yang holistik mengenai penyediaan bajet bagi tujuan pemantauan dan perancangan (projection) PKPMP Malaysia seperti berikut, antaranya memfokuskan kepada:

3)  Peningkatan prestasi aktiviti Mahkamah ke arah penyelesaian kes yang lebih efektif;

4)  Penambahbaikan pengurusan sumber manusia;

5) Pencapaian keberhasilan dan prestasi kewangan Jabatan;

6) Perangkaan dasar dan strategi penstrukturan semula kepentingan Mahkamah seluruh Malaysia;

7) Mengumpul dan menyemak data statistik yang diterima daripada seluruh Mahkamah di Malaysia.

8) Melaporkan hasil statistik Mahkamah seluruh Malaysia kepada pengurusan tertinggi PKPMP Malaysia.

9) Memastikan semua data statistik Mahkamah seluruh Malaysia dikumpul, dianalisis, dikemas kini dan disimpan selamat untuk membantu mahkamah dalam urusan pentadbiran dan keadilan.

10) Menyediakan ulasan statistik untuk tujuan mesyuarat, laporan, pembentangan dan persidangan tahunan.

11) Menyediakan Laporan Analisa Statistik Sukuan Tahunan.

12) Membekalkan data statistik atas permintaan orang awam dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

13) Membekalkan data mengikut keperluan dari semasa ke semasa mengikut kehendak jabatan.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.