Unit Integriti

×

Mesaj ralat

Notice: Undefined offset: 1 dalam counter_get_browser() (baris 70 dari /var/www/html/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

PENGENALAN

Unit Integriti, Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah diwujudkan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 (PP6/2013) ‘Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam’ yang mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013.

FUNGSI

Unit ini mempunyai enam (6) fungsi teras iaitu :

1) Tatatertib

  • Menjadi urus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib sehingga kes selesai;
  • Membuat tapisan tatatertib keutuhan ke atas urusan perkhidmatan , kenaikan pangkat dan darjah kebesaran;
  • Memproses kelulusan penglibatan dalam politik;
  • Memproses pengisytiharan harta;
  • Memproses kebenaran permohonan Tanah kerajaan; dan
  • Mengumpul data-data kes tatatertib di peringkat Bahagian dan negeri.

 

2) Pengukuhan Integriti

  • Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam organisasi;
  • Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan; dan
  • Memastikan kod etika jabatan dipatuhi;

 

3) Pengurusan Aduan

  • Menerima dan memastikan tindakan diambil terhadap semua maklumat atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh kakitangan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia di semua peringkat.

 

4) Pematuhan

  • Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran, kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa; dan
  • Mengenal pasti penambahbaikan dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

 

5) Pengesanan dan Pengesahan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti;
  • Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salah laku tatatertib;
  • Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan
  • Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib. 

 

6) Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus terbaik dilaksanakan di Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia; dan
  • Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU), Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.