Perpustakaan

×

Mesaj ralat

Notice: Undefined offset: 1 dalam counter_get_browser() (baris 70 dari /var/www/html/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

OBJEKTIF

1) Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan suatu koleksi sumber perpustakaan di peringkat Jabatan.

2) Mengurus dan menyediakan kemudahan akses sumber maklumat undang-undang Malaysia serta negara-negara Komanwel.

3) Menjadi penggerak utama memupuk budaya membaca di kalangan warga Mahkamah.

PERKHIDMATAN

Perpustakaan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

1) Rujukan dan pencarian maklumat

  • Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan dan maklumat yang diperlukan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada kaunter perkhidmatan.

 

2) Pengemaskinian koleksi perundangan

  • Akta Persekutuan dan enakmen Negeri dalam koleksi perpustakaan, kamar YAA Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta bilik perbicaraan dikemaskini dari masa ke semasa. Indeks perundangan juga disediakan bagi memudahkan pencarian maklumat tersebut.

 

3) Perkhidmatan kesedaran awam 

  • Perpustakaan menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai maklumat dan judul terkini bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan. Perkhidmatan ini disediakan melalui sumber laman web perpustakaan, muka surat kandungan jurnal yang dilanggan, senarai perolehan perpustakaan, pengindeksan bahan terpilih, pameran buku-buku baru dan pempakejan maklumat

 

4) Keratan akhbar

  • Artikel suratkhabar berkaitan penghakiman dan kes-kes mahkamah bagi Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Khas serta Mahkamah Sesyen dan Majistret disimpan secara harian untuk kegunaan rujukan kepada YAA/YA Hakim, Pegawai-Pegawai Kehakiman dan juga pihak pengurusan atasan untuk makluman.

 

5) Pengindeksan alasan kehakiman 

  • Sebagai Pusat Penyerahan Alasan Penghakiman, semua alasan bagi penghakiman bagi Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaysia diindeks bagi kemudahan rujukan.

 

6) Pinjaman / Pemulangan

  • Perkhidmatan ini terbuka kepada semua warga Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan sahaja. Walaubagaimanapun, pengguna lain seperti perpustakaan universiti dan agensi-agensi kerajaan boleh mendapatkan perkhidmatan ini secara pinjaman antara perpustakaan dibawah Konsortium Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP).

 

7) Pinjaman antara perpustakaan

  • Perkhidmatan ini disediakan untuk warga Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia meminjam buku atau mendapatkan salinan dokumen/artikel daripada perpustakaan lain yang menganggotai konsortium sistem bekalan penerbitan (SPP) sekiranya tiada bahan di Perpustakaan PKPMP.

 

8) Maklumat elektronik

  • Perpustakaan melanggan beberapa pangkalan data undang-undang atas talian seperti LexisMalaysia, Westlaw Asia & Thomson Reuters Westlaw, Lawnet, eLaw.my, CLJ Legal Network dan Mylawbox.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.