Bahagian Teknologi Maklumat Dan E-Kehakiman

×

Mesaj ralat

Notice: Undefined offset: 1 dalam counter_get_browser() (baris 70 dari /var/www/html/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

PENGENALAN

Bahagian Teknologi Maklumat & e-Kehakiman bertanggungjawab dalam penyediaan dan pembangunan perkhidmatan pengkomputeran dan IT kepada warga Kehakiman seluruh Malaysia. Bahagian ini terbahagi kepada 2 unit yang telah diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu Unit Teknologi Maklumat dan Unit e-Kehakiman.

FUNGSI

Unit Teknologi Maklumat 

Memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pemantauan rangkaian, aplikasi, perkakasan, perisian sistem serta perkhidmatan teknikal yang digunakan oleh warga Kehakiman di seluruh Malaysia. Unit ini terbahagi kepada beberapa seksyen iaitu seksyen Pentadbiran & Kewangan, e-Kehakiman, Aplikasi, CRT & Portal, Rangkaian, Emel dan Aset. Antara tugas yang dilaksanakan oleh Unit Teknologi Maklumat ini adalah:1)Menyedia dan mengurus kemudahan komunikasi dan rangkaian seperti capaian Internet, Intranet dan emel;

1) Mengendali dan mengurus perolehan perkakasan, perkhidmatan ICT dan pengurusan projek ICT PKPMP;

2) Mengurus dan menyelaras operasi Pusat Data;

3) Mengurus dan menyediakan perisian yang sah kepada setiap kemudahan komputer dan pelayan;

4) Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi bagi menyokong operasi dan aktiviti Mahkamah; dan

5) Memberi perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan yang disediakan.

 

Unit e-Kehakiman

Bertanggungjawab dalam melaksanakan projek yang melibatkan proses kerja harian Mahkamah di Semenanjung Malaysia. Antara projek yang telah dibangunkan adalah Projek e-Kehakiman Fasa 1 (“e-KF1”) dan Unit ini sedang dalam pelaksanaan Projek e-Kehakiman Fasa 2 (“e-KF2”). Projek e-KF2 adalah projek pengkomputeran mahkamah di Semenanjung yang dilaksanakan selama 18 bulan mulai 26 Januari 2016 hingga 25 Julai 2017 bagi tujuan berikut:

1) Menambahbaik Sistem e-KF1 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010 di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di 8 lokasi Mahkamah iaitu di Kuala Lumpur, Shah Alam, Georgetown (Pulau Pinang), Johor Bharu (Cyberport), Ipoh, Kuala Terengganu dan Kota Bharu, serta di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya; dan

2) Meluaskan pelaksanaan sistem e-KF2 ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di 12 lokasi Mahkamah yang lain iaitu di Melaka, Kuantan, Temerloh, Kangar, Alor Setar, Sungai Petani, Butterworth, Taiping, Seremban, Klang, Selayang dan Muar.

3) Bagi tujuan menambahbaik Sistem e-KF1 tersebut, projek e-KF2 ini turut melibatkan pembekalan peralatan, perkakasan dan perisian bagi memantapkan keupayaan dan capaian Sistem e-Kehakiman. Selain itu terdapat pelbagai modul yang ditambah dalam Sistem Aplikasi yang dibangunkan serta tambahan skop kerja bagi pelaksanaan Sistem e-KF2 yang lebih mantap daripada Sistem e-KF1 sedia ada. Sistem e-KF2 bagi Peringkat 1 telah dilaksanakan di Kompleks Mahkamah Melaka mulai 22 Disember 2016 dan di Kompleks Mahkamah Kuantan mulai 11 Januari 2017. Pemfailan kes-kes jenayah am, saman jenayah, saman trafik, permohonan jenayah termasuk reman di kedua-dua lokasi tersebut telah dibuat secara online sepenuhnya oleh semua agensi penguatkuasa yang terlibat. Pemfailan kes sivil secara online oleh para peguam, agensi kerajaan dan badan berkanun juga semakin meningkat berbanding penggunaan khidmat kaunter biro e-filing yang disediakan untuk kegunaan sementara oleh para pelanggan Mahkamah.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.