FUNGSI
UNIT PERANCANGAN STRATEGIK & INOVASI
1) Menyediakan draf Pelan Perancangan Strategik PKPMP bagi setiap 5 tahun;
2) Menyediakan draf laporan tentang tindakan/ aktiviti yang telah diprogramkan dalam Pelan Perancangan Strategik PKPMP;
3) Menjalankan penyelidikan dan menyediakan draf awal tentang pembangunan organisasi, penstrukturan semula PKPMP dan hala tuju Badan Kehakiman;
4) Menyediakan draf kertas cadangan berkaitan Perancangan Strategik untuk menambah baik perkhidmatan Kehakiman dan Pentadbiran Mahkamah;
5) Menjalankan fungsi keurusetiaan (secretarial) Persidangan/ Pembukaan Tahun Perundangan / Majlis Pelantikan Hakim/ Pesuruhjaya Kehakiman dan Angkat Sumpah Taat Setia Hakim;
6) Menghadiri Mesyuarat/Perbincangan dan rundingan bersama semua Bahagian PKPMP/ Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain;
7) Merancang dan menghasilkan inovasi Kehakiman bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan/ penyampaian Badan Kehakiman Malaysia;
UNIT NAZIRAN & SIASATAN AM
1) Menjalankan Naziran di mahkamah Seluruh Malaysia;
2) Menjalankan siasatan/semakan dalaman kehakiman terhadap para pegawai dan kakitangan mahkamah;
3) Melakukan siasatan/semakan terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan mahkamah sebagimana yang diarahkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan Ketua Bahagian Perancangan Strategik, Inovasi, Naziran & Komunikasi Korporat.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
1) Menjadi focal person antara PKPMP dan media berhubung dengan sebarang kenyataan dan soalan berkaitan PKPMP;
2) Memantau dan menyelaras kandungan Laman Web Rasmi PKPMP, media sosial PKPMP seperti facebook dan twitter;
3) Menyelia Muzium Kehakiman, Istana Kehakiman Putrajaya;
4) Menyalurkan maklumat berkaitan hal ehwal semasa PKPMP;
5) Menyelia dan memberi maklum balas semua aduan, pertanyaan, maklum balas pelanggan dan orang awam yang diterima melalui surat, telefon, e-mel unit Pengaduan Awam PKPMP;
6) Menjalankan tugas Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Aduan, Jabatan Perdana Menteri;
7) Mengurus lawatan daripada Institusi Pendidikan, agensi-agensi kerajaan dan swasta, delegasi badan Kehakiman, lawatan tetamu YAA Ketua Hakim Negara samada dari dalam atau luar negara;
8) Menguruskan acara-acara yang diadakan di Istana Kehakiman dan Mahkamah-Mahkamah seluruh Malaysia bergantung kepada arahan semasa seperti Perhimpunan Bulanan PKPMP, Pameran Kehakiman, Perasmian Mahkamah, Pelantikan Hakim dan lain-lain.