PENGENALAN
Pengenalan
Bahagian Dasar dan Perundangan ialah suatu Bahagian yang melaksanakan tugasan menasihat dan menggubal dasar dan perundangan sebagaimana arahan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Objektif
Melaksanakan dengan cekap, berkesan dan teratur di sisi undang-undang dalam penyediaan dasar dan perundangan.
Fungsi dan Kuasa Bahagian Dasar dan Perundangan adalah—
- Menyediakan dan menyemak pandangan undang-undang bagi isu undang-undang dalam menggubal dasar PKPMP;
- Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/ Nota Jemaah Menteri (NJM) bagi apa-apa kertas cadangan PKPMP dan menyediakan Ulasan MJM berkaitan dengan perkara dasar PKPMP;
- Menyediakan maklum balas mengenai isu yang melibatkan dasar PKPMP kepada Kementerian/Jabatan/Agensi lain;
- Menyediakan ulasan/pandangan ke atas Rang Undang-Undang (RUU) baharu, RUU Pindaan dan Perundangan Subsidiari yang disediakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan dengan Badan Kehakiman Malaysia;
- Mengkaji dan menjalankan penyelidikan tentang Arahan Amalan/ Pekeliling Ketua Pendaftar/Surat Pekeliling PKPMP;
- Menyediakan dan menyemak memorandum persefahaman antara PKPMP dan agensi kerajaan/swasta;
- Menyediakan kertas cadangan tentang hal perkara berkaitan dengan perkhidmatan Kehakiman, penubuhan Mahkamah/Tribunal Khas dan pembangunan organisasi PKPMP;
- Sekretariat bagi Jawatankuasa Kerja Kaedah-Kaedah Mahkamah;
- Sekretariat bagi Jawatankuasa Penyemak Undang-Undang;
- Menghadiri mesyuarat/perbincangan dan rundingan bersama semua Bahagian di PKPMP/Kementerian/Jabatan/Agensi lain;
- Menyediakan jawapan bagi soalan lisan/bukan lisan Parlimen dan pandangan undang-undang yang berkaitan dengan isu perundangan yang dibangkitkan di Parlimen;
- Menghadiri Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai wakil PKPMP;
- Menyelaras hal ehwal Parlimen yang melibatkan PKPMP sebagai focal person;
- Menjalankan penyelidikan tentang kajian apa-apa perundangan yang berkaitan dengan bidang kuasa, tatacara, garis panduan dan proses kerja Mahkamah; dan
- Melaksanakan apa-apa tugasan lain sebagaimana arahan dari semasa ke semasa.