Pejabat Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak

×

Mesaj ralat

Notice: Undefined offset: 1 dalam counter_get_browser() (baris 70 dari /var/www/html/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

Fungsi 

1) Mengeluarkan arahan-arahan dalaman yang berkaitan pentadbiran kehakiman untuk dilaksanakan selaras dengan arahan YAA Ketua Hakim Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar.

2) Mengawal selia pentadbiran Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak.

3) Mengeluarkan arahan-arahan amalan dan peraturan seperti yang diarahkan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

4) Membuat perancangan dan memantau perlaksanaan dasar-dasar pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak selaras dengan arahan oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

5) Merancang dan meyelia keperluan Mahkamah Sabah dan Sarawak termasuk merancang dan melaksanakan program-program latihan, pertukaran pegawai dan kenaikan pangkat.

6) Merancang keperluan fizikal Mahkamah-Mahkamah di Negeri Sabah dan Sarawak iaitu memantau perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah peruntukan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan POJ.

7) Menyelaras laporan prestasi tahunan pegawai dan kakitangan di bawah pemantauan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

8) Menghadiri mesyuarat di peringkat Negeri dan Persekutuan termasuk di Palace of Justice (POJ).

9) Mengadakan mesyuarat dengan pegawai kehakiman di bawah seliaan untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.

10) Mengambil tindakan terhadp pengaduan orang awam terhadap mana-mana peguam.

11) Mengendalikan pendaftaran “Bill of Sales”.

12) Mengesahkan “Writ Of Seizure and Sale”dan “Arrest of Ships”.

13) Melaksanakan “Memorandum of Transfer”selepas penjualan secara tender atau lelongan Mahkamah.

14) Menjadi Trustee kepada Akaun Fixed Deposit “Judgment Creditors”setelah bayaran dikeluarkan dari Daftar Deposit.

15) Mengeluarkan Sijil Amalan (Practising Certificates) tahunan.

16) Menyediakan dan mengeluarkan perintah (“Order”) kepada peguam-peguam baru, Ad Hoc Admission & Exemption Order selepas didengar oleh YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

17) Mengadakan mesyuarat berkala dengan persatuan-persatuan Peguam Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik sistem penyampaian dalam tugasan kehakiman di Mahkamah Sabah dan Sarawak.

18) Mempengerusikan urusan tatatertib bagi pegawai dan kakitangan Mahkamah Sarawak.

 

PEJABAT KETUA PENDAFTAR
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Istana Kehakiman,
Presint 3, 62506,
Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Faks 03 8880 3886
Emel webmaster@kehakiman.gov.my

    

qr code

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia versi mudah alih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixel.