Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak

×

Error message

  • Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 70 of /var/www/html/beta/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).
  • Notice: Undefined offset: 1 in counter_get_browser() (line 70 of /var/www/html/beta/poj/sites/all/modules/counter/counter.lib.inc).

FUNGSI TUGAS PENDAFTAR MAHKAMAH RENDAH SABAH & SARAWAK

  1. Menyelia dalam semua hal pentadbiran dan pengurusan Mahkamah Rendah di seluruh Sabah dan Sarawak.
  1. Membantu Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dalam hal urusan pendaftaran dan pengendalian kes Sivil dan Jenayah Mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh Sabah dan Sarawak.
  1. Membantu Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan Pengarah Mahkamah Sarawak untuk merancang keperluan kakitangan dan bangunan Mahkamah-Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
  1. Membantu dan atau menyediakan Arahan Amalan/Pekeliling Pendaftar atas arahan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
  1. Menerima arahan daripada Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam hal-hal pentadbiran dan kehakiman berkaitan Mahkamah-Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
  1. Memantau prestasi dan statistik bulanan bagi semua mahkamah sesyen dan majistret di seluruh Sabah dan Sarawak termasuk “ageing cases”.
  1. Memantau statistik Alasan Penghakiman Tertunggak bagi Hakim Sesyen dan Majistret di seluruh Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
  1. Pemantauan penyediaan Alasan Penghakiman yang melebihi 8 minggu dari tarikh notis rayuan difailkan termasuk penyediaan Rekod Rayuan bagi kes Jenayah di Mahkamah–Mahkamah Rendah seluruh Sabah dan Sarawak.
  1. Menyelia Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah  dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan kes di Mahkamah Sesyen dan Majistret seluruh Sabah dan Sarawak.
  1. Membuat lawatan naziran berkala ke mahkamah-mahkamah rendah di Sabah dan Sarawak bagi membuat audit kehakiman, pengurusan kes dan pentadbiran kehakiman.
  1. Menghadiri mesyuarat sama ada di dalam Jabatan mahupun dengan agensi luar Jabatan apabila diarahkan oleh Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
  1. Menerima dan mengambil tindakan aduan dari orang awam dan warga mahkamah berkaitan dengan hal-ehwal Mahkamah – Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak.
  1. Menjalankan tugas-tugas sebagai Hakim Mahkamah Seysen III, Kuching termasuk mendengar dan melupuskan kes.
  1. Bertanggungjawab dalam menyelia CMS/e-courts Mahkamah Sabah dan Sarawak.
  1. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari masa ke semasa.

CHIEF REGISTRAR'S OFFICE
Federal Court of Malaysia, Palace of Justice,
Precint 3, 62506 Putrajaya, Malaysia.

Tel 03 8880 3500
Fax 03 8880 3886
Email webmaster@kehakiman.gov.my

Visitor Counter 634,907

    

qr code

Now you can browse Official Website of Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia mobile version via Smartphone with official website QR Code

 

Best viewed using latest browser with resolution 1024 x 768 pixel.